fbpx

30 Jun 2022, 8:39 am

  TERKINI

Kampung dilanda banjir, pengantin naik perahu 4 kilometer untuk nikah di pejabat agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAMONGAN: Hari pernikahan sepatutnya menjadi momen terindah yang akan dikenang sepanjang hayat pasangan pengantin.

Namun, keadaan banjir yang melanda Lamongan baru-baru ini ‘menambah lagi saat manis’ kepada seorang pengantin perempuan yang bakal bernikah.

Berdasarkan video yang tular, pengantin perempuan itu lebgkap dengan busana perkahwinan dilihat menaiki perahu untuk pergi Pejabat Agama Turi bagi urusan pernikahan dengan bakal suaminya.

Pengantin perempuan itu dilaporkan menaiki perahu sejauh empat kilometer untuk sampai ke pejabat agama tersebut.

Menurut seorang penduduk, pengantin perempuan itu dikenali sebagai Mas Alek dan suaminya, Fitri.

Katanya, kampung mereka sering dilanda banjir setiap kali tiba musim hujan, namun keadaan kali ini lebih teruk kerana air lambat surut.

“Disebabkan hal itu, pengantin perempuan terpaksa menaiki perahu ke pejabat agama memandangkan paras banjir yang dalam dan tidak dapat dilalui kenderaan biasa,” katanya.

POPULAR

KOSMO! TERKINI