Jet mewah `seludup' kokain bernilai RM110 juta, dirampas - Utusan Malaysia

Jet mewah `seludup’ kokain bernilai RM110 juta, dirampas

KOKAIN bernilai kira-kira 23.2 juta euro (RM110.6 juta) dirampas polis. - NEWSFLASH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA: Polis merampas sebuah jet mewah selepas didapati membawa lebih satu tan kokain yang dianggarkan bernilai sekitar 23.2 juta euro (RM110.6 juta).

Lapor Daily Star, pesawat mewah yang membawa bahan terlarang itu ditemukan di Guatemala.

Jelas laporan, jet itu didakwa melakukan penerbangan untuk menghantar bekalan dadah kepada kartel Generasi Baharu Jalisco.

Generasi Baharu Jalisco dianggap sebagai antara kartel penyeludupan dadah amat berpengaruh di dunia.        

Dilaporkan, kumpulan itu dikendalikan oleh Nemesio Oseguera Cervantes yang merupakan antara individu paling dikehendaki di Mexico dan AS. 

Memetik laporan Lad Bible, pesawat itu kini ditahan oleh Pejabat Peguam Negara Colombia dan Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat (DEA).

Dadah tersebut didakwa dihasilkan oleh Tentera Revolusi Colombia di kawasan sempadan Venezuela.

Pesawat dikenali Gulfstream III berlepas dari sebuah landasan rahsia di Venezuela.

Bagaimanapun, polis tempatan berjaya mengesan landasan rahsia itu yang membawa kepada rampasan berkenaan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.