Jepun rancang laksana separa darurat di Tokyo - Utusan Malaysia

Jepun rancang laksana separa darurat di Tokyo

JEPUN bakal laksana perintah berkurung di Tokyo susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Kerajaan Jepun mengadakan perbincangan sama ada untuk mengenakan sekatan separa darurat di Tokyo dan kawasan sekitarnya selama seminggu berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19.

Gabenor Tokyo, Yuriko Koike berkata, langkah itu dicadangkan sekiranya penggunaan katil bagi pesakit Covid-19 meningkat kepada 20 peratus.

Sehingga semalam, penggunaan katil di hospital di Tokyo mencecah 19.3 peratus dan peningkatan kes di negara ini disebabkan penularan Omicron.

Kerajaan pada 9 Januari lalu melaksanakan separa darurat di tiga wilayah yang menjadi tuan rumah kepada kemudahan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) selepas kes Omicron direkodkankan.

Antara sekatan dalam separa darurat termasuk waktu operasi restoran dan bar dipendekkan.

Pada minggu lalu, Koike memaklumkan, pelaksanaan darurat penuh akan dilaksanakan di Tokyo jika penggunaan katil di hospital mencecah 50 peratus. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya