Jepun perkenal DMV pertama dunia, bas boleh bertukar tren - Utusan Malaysia

Jepun perkenal DMV pertama dunia, bas boleh bertukar tren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Jepun baru-baru ini memperkenalkan Kenderaan Dual Mod (DMV) pertama dunia, iaitu sebuah bas yang boleh bergerak atas jalan raya dan juga landasan kereta api.

Bas hibrid itu diperkenalkan pada bulan lalu di pekan Kaiyo, wilayah Tokushima.

Bas itu menggunakan tayar biasa untuk bergerak atas jalan raya dan boleh bertukar menjadi seperti tren sekiranya berjalan di landasan kereta api.

Pertukaran mod kenderaan itu dilaporkan boleh dilakukan dalam tempoh 15 saat sahaja.

Ketua Pengarah Eksekutif Asa Coast Railway, Shigeki Miura berkata, DMV itu boleh menjadi kenderaan serba guna untuk masyarakat, terutamanya di kawasan perkampungan.

“Kenderaan itu amat sesuai digunakan untuk membawa penumpang dan kami menjangkakan ia bakal menjadi pengangkutan awam berkesan di Jepun.

“Projek DMV itu sudah berjalan sejak sedekad lalu dan pihak berkuasa Tokushima berharap penggunaannya dapat menarik lebih banyak kemasukan pelancong ke wilayah tersebut,” katanya.

Kenderaan itu boleh membawa seramai 21 penumpang dan bergerak pada kelajuan 60 kilometer sejam bagi mod tren dan 100 kilometer sejam untuk mod bas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya