Israel bangunkan sistem persenjataan guna ikan lumba-lumba - Utusan Malaysia

Israel bangunkan sistem persenjataan guna ikan lumba-lumba

BRIGED Al-Qassam mendakwa Israel membangunkan persenjataan ikan lumba-lumba pembunuh. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Pasukan keselamatan Israel didakwa menggunakan ikan lumba-lumba sebagai ‘sistem persenjataan’ baharu mereka bagi mengekang kedudukan Hamas di luar pantai Semenanjung Gaza.

Menurut laporan Al-Quds yang dipetik The Jerusalem Post, perkara itu diketahui dalam insiden melibatkan komando Hamas baru-baru ini.

Dalam operasi yang berlaku pada masa yang tidak dinyatakan, tentera laut Hamas telah dikejar oleh seekor ikan lumba-lumba yang dilengkapi dengan alat yang mampu membunuh, dedah jurucakap komando tentera laut Briged Al-Qassam dalam sebuah video.

“Ikan lumba-lumba pembunuh ‘ciptaan’ Zionis wujud,” jelas Joe Truzman, penganalisis penyelidikan di Foundation for Defense of Democracies’ Long War Journal.

Sifat dan fungsi sebenar peranti penyerang akuatik itu tidak didedahkan, tetapi Al-Quds mendakwa pertempuran lain pada Ogos 2015, ikan lumba-lumba itu dilengkapi dengan alat kawalan jauh, kamera dan senjata yang boleh menembak peluru.

Menurut BBC, mamalia marin itu bertukar menjadi ‘pembunuh’ oleh tentera Israel.

Sebelum ini, Israel didakwa menggunakan haiwan bersenjata lain untuk tujuan ketenteraan.

Pada 2010, Gabenor Sinai, Selatan Mesir, Mohamed Abdel Fadil Shousha berkata, serangan jerung maut di Sharm el-Sheikh adalah sebahagian daripada operasi Mossad untuk menjejaskan pelancongan Mesir.

Pada 2011, pihak berkuasa Arab Saudi menangkap seekor burung kerana disyaki ia pengintip Israel selepas sdikesan membawa peranti pengesan.

Pihak berkuasa Turki juga menangkap seekor burung pengintip Israel yang disyaki pada 2013.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya