Indonesia kaya dengan emas, hasilkan 22.9 tan emas tahun lalu - Utusan Malaysia

Indonesia kaya dengan emas, hasilkan 22.9 tan emas tahun lalu

LOMBONG Grasberg merupakan lombong emas terbesar di Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Emas merupakan antara sumber perlombongan utama di Indonesia dan nilai pengeluaran emas di negara ini pada tahun lalu dianggarkan sebanyak 22.9 tan, manakala yang dijual berjumlah 16.8 tan.

Sebahagian besar emas yang dikeluarkan negara ini dihasilkan di Papua iaitu pulau paling timur di Indonesia.

Daerah perlombongan emas bukan hanya terletak di Papua, malah terdapat beberapa daerah lain yang turut menyumbang kepada pengeluaran emas di negara ini.

1) Papua

– Berdasarkan data kerajaan pada 2019, daerah ini mempunyai 52 peratus bijih emas dan merupakan perlombongan emas paling besar di Indonesia.

Lombong Grasberg yang terletak di Tembagapura pula menjadi lombong emas terbesar di dunia.

 

2) Nusa Tenggara Barat

– Kepulauan Nusa Tenggara mempunyai jumlah bijih emas kedua terbanyak di Indonesia.

Lombong Batu Hijau di Sumbawa Barat merupakan lombong emas kedua terbesar di Indonesia dan aset berkelas dunia.

 

3) Naggroe Aceh Darussalam

– Menjadi antara daerah utama di Aceh yang menghasilkan emas.

 

4) Sumatera Utara

– Lombong emas Martabe di Batang Toru merupakan kawasan perlombongan utama di Sumatera Utara dan boleh mengeluarkan emas sebanyak 9,400 kilogram emas.

 

5) Jawa Barat

– Lombong emas Cikotok di Banten merupakan lombong emas paling terkenal di Jawa Barat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya