Hasrat bina kubur Islam terbesar di Eropah ditentang - Utusan Malaysia

Hasrat bina kubur Islam terbesar di Eropah ditentang

TAMAN Memorial Issa yang akan dibina di barat Blackburn mempunyai 35,000 tapak perkuburan. - SWNS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Rancangan hartawan Zuber dan Mohsin Issa untuk membina tapak perkuburan Islam terbesar di Eropah, menerima kecaman daripada pegawai pemuliharaan majlis perbandaran.

Lapor Daily Mail, satu laporan berhubung cadangan pembinaan 35,000 tapak perkuburan di West Pennines di Lancashire itu, dikatakan ‘tidak sesuai dengan landskap warisan tempatan’.

Majlis Hyndburn menerusi satu laporan mendakwa ‘perpaduan visual’ di sekitar kawasan luar bandar itu kononnya akan hilang sekiranya Taman Memorial Issa melibatkan tanah seluas 33.9 hektar dibina.

HARTAWAN Zuber dan Mohsin Issa – YAYASAN ISSA

Tapak perkuburan yang dicadangkan itu akan meliputi ruang sebesar 40 padang bola sepak. 

Pembinaan tapak perkuburan itu akan dibiayai oleh Yayasan Issa iaitu sebuah badan amal diasaskan hartawan bersaudara berkenaan.              

Zuber dan Mohsin Issa merupakan pemilik pasar raya terkemuka Asda.

Tapak baharu itu yang terletak berhampiran pekan kecil Oswaldtwistle, Blackburn akan membantu menampung tanah perkuburan Islam terbesar sedia ada, The Garden Of Peace di timur London yang mempunyai 10,000 tapak.

Setakat ini, ribuan penduduk tempatan membantah rancangan tersebut dengan rata-rata menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan kesesakan dan kesan ke atas hidupan liar.

Sementara itu, laporan dikemukakan pegawai pemuliharaan turut menyatakan eksekutif majlis perbandaran perlu membuat penilaian lanjut sama ada manfaat projek itu melebihi potensi bahaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya