Gibran ikut jejak langkah Jokowi, bakal jadi pemimpin Indonesia - Utusan Malaysia

Gibran ikut jejak langkah Jokowi, bakal jadi pemimpin Indonesia

GIBRAN RAKABUMING RAKA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Anak lelaki Presiden Indonesia, Gibran Rakabuming Raka dijangka mengikut jejak langkah bapanya untuk menjadi pemimpin negara ini selepas namanya disebut-sebut untuk bertanding merebut jawatan Gabenor Jakarta.

Pada Oktober 2022, penggal pentadbiran Gabenor Jakarta ketika ini, Anies Baswedan dan timbalannya, Ahmad Riza Patria bakal berakhir.

Pilihan raya Gabenor Jakarta pula dijangka diadakan pada 2024, seiring dengan beberapa daerah lain.

Sehubungan itu, nama Gibran disebut oleh pelbagai pihak bahawa dia bakal bertanding merebut jawatan tersebut.

Penganalisis politik dari Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta, Adi Prayitno berkata, nama Gibran tidak asing dalam arena politik Indonesia.

Katanya, Gibran bakal mengikut jejak langkah bapanya, Joko Widodo atau Jokowi yang sebelum ini pernah dilantik sebagai Gabenor Solo sebelum menjadi presiden.

“Gibran dilihat sebagai antara calon terbaik untuk bertanding merebut jawatan Gabenor Jakarta pada masa akan datang.

“Kredibiliti yang dimilikinya menjadikan Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) menaruh kepercayaan untuk mencalonkan namanya,” kata Adi.

Selain itu, seorang lagi anggota PDIP yang bakal merebut jawatan itu adalah Menteri Sosial, Tri Rismaharini atau lebih dikenali sebagai Risma.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya