Gentiana bunga 'paling malu di dunia' - Utusan Malaysia

Gentiana bunga ‘paling malu di dunia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIBET: Bunga spesies Gentiana disifatkan sebagai bunga ‘paling malu di dunia’ apabila berupaya menutup kelopaknya secepat tujuh saat jika disentuh.

Menerusi kajian yang dilakukan saintis China terhadap empat spesies Gentiana yang ditemukan di Tibet mendapati ‘tahap sensitiviti bunga itu terlalu tinggi’.

Secara umum, tumbuh-tumbuhan merupakan organisma statistik, namun keadaan itu berbeza dengan bunga Gentiana.

Bunga itu ditemukan buat pertama kali pada tahun 2020 berhampiran tasik di Nagchu di Tibet oleh sekumpulan saintis dari Sekolah Sumber dan Alam Sekitar Sains di Universiti Hubei.

Seorang daripada saintis tersentuh bunga itu secara tidak sengaja dan terkejut kerana kelopaknya tertutup dengan pantas.

Ketua penyelidik, Dai Can berkata, pergerakan kelopak bunga itu boleh diibaratkan seperti mengelip mata.

Katanya, antara empat spesies Gentiana yang ditemukan adalah G. pseudoaquatica; G. prostrata var. karelinii; G. clarkei dan satu lagi yang belum dinamakan.

Setakat ini, para saintis belum dapat mengenal pasti keupayaan bunga tersebut, selain tumbuh-tumbuhan itu menjadi kegemaran lebah madu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya