BEIJING: Seramai empat penduduk mengalami kecederaan ringan selepas gempa bumi 6.9 skala Richter melanda wilayah Qinghai, di barat China.
Lapor AP, kejadian berlaku pukul 1.45 pagi tadi dengan kedalaman 3,659 meter di atas paras laut.
Gempa dapat dirasakan sehingga 140 kilometer di tenggara Xining.
Orang ramai bergegas ke luar rumah dan bangunan yang didiami mereka akibat gegaran tersebut.
Bencana itu menyebabkan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi terpaksa ditangguhkan sementara akibat kerosakan di bahagian terowong.










