MANILA: Gempa bumi luar pesisir dengan 6.5 skala Richter melanda wilayah Davao Occidental di selatan Filipina, pagi tadi.
Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina memaklumkan, gempa berlaku pada pukul 10.26 pagi waktu tempatan pada kedalaman 66 kilometer, kira-kira 234 kilometer tenggara Pulau Balut di bandar Sarangani.
Walaupun gempa bumi tidak menimbulkan sebarang ancaman tsunami, namun, institut itu berkata, gempa tektonik itu akan mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Filipina mempunyai aktiviti seismik yang kerap kerana lokasi negara itu terletak di sepanjang ‘Ring of Fire’ Pasifik.-AGENSI










