SYDNEY: Satu gempa bumi berukuran 6.2 skala Richter menggegarkan kawasan luar pantai Tonga hari ini.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa itu terletak 219 kilometer ke barat laut Pangai, iaitu pekan di pulau Lifuka, pada kedalaman 14.5 kilometer.
Setakat ini, tiada laporan mengenai kemusnahan infrastruktur atau kecederaan penduduk.
Terdapat beberapa gempa bumi harian berlaku sejak Gunung Berapi Hunga Tonga-Hunga Ha’apai meletus pada awal bulan ini. – AFP