Gagal seludup dadah dari Malaysia ke Aceh - Utusan Malaysia

Gagal seludup dadah dari Malaysia ke Aceh

KETUA Polis Aceh, Inspektor Jeneral Ahmad Haydar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ACEH: Polis Aceh berjaya menggagalkan penyeludupan 150 kilogram (kg) syabu, 145,000 pil ekstasi dan 20,000 pil dadah happy five dari Malaysia menerusi laluan laut.

Lapor CNN Indonesia, penyeludupan tersebut terbongkar hasil maklumat orang awam mengenai dakwaan transaksi dadah di perairan Selat Melaka antara kapal nelayan dari Malaysia dan Indonesia.

Hasil maklumat itu, pegawai Kastam dan Polis Aceh meronda perairan Selat Melaka di Jambo Aye dan menemukan sebuah kapal yang menuju ke Aceh.

Ketua Polis Aceh, Inspektor Jeneral Ahmad Haydar berkata, hasil pemeriksaan mendapati kapal itu membawa dadah dalam kuantiti yang banyak.

Jelasnya, pihak polis turut menahan enam suspek dan tiga daripadanya merupakan anak kapal.

“Daripada maklumat mereka, dadah itu akan diserahkan kepada suspek lain yang telah ditahan di lokasi berbeza.

“Selepas itu, dadah tersebut akan diserahkan kepada individu lain bernama IS. Suspek juga berjaya ditangkap di Kabupaten Bireuen,” katanya.

Menurut Ahmad, kapal yang membawa dadah itu akan dibekalkan ke Medan dan Sumatera Utara.

“Dadah tersebut dirancang untuk diedarkan ke Medan dan Pulau Jawa. Sehingga kini, perairan di pantai timur Aceh masih menjadi pintu masuk dadah kerana laluan tikus yang banyak dan berhampiran dengan perairan bebas.

“Aceh itu pintu masuk ke Medan dan terus ke Jakarta. Ada banyak lorong tikus dan dekat dengan perairan bebas menyebabkan urusan menjadi mudah,” jelasnya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN