MANILA: Perkahwinan melibatkan kanak-kanak merupakan satu kesalahan di Filipina bermula semalam apabila satu undang-undang baharu di kuatkuasa bagi melindungi golongan tersebut daripada menjadi mangsa eksploitasi pelbagai pihak tidak bertanggungjawab.
Filipina menjadi negara ke-12 paling tinggi merekodkan perkahwinan kanak-kanak di dunia dengan satu daripada kanak-kanak perempuan dikahwinkan sebelum usia mereka mencecah 18 tahun.
Menerusi undang-undang baharu yang ditandatangani Presiden Rodrigo Duterte, mana-mana pihak yang berkahwin dengan kanak-kanak boleh dipenjara sehingga 12 tahun dan mereka yang menguruskan hal itu juga bakal dikenakan tindakan undang-undang.
“Filipina mendapati perkahwinan kanak-kanak sebagai satu bentuk penderaan yang menjejaskan masa depan mereka,” menurut undang-undang tersebut.
Kerajaan negara ini juga menyatakan perundangan tersebut selaras dengan konvensyen antarabangsa mengenai hak asasi golongan wanita dan kanak-kanak.
Berdasarkan laporan oleh Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih separuh bilion kanak-kanak perempuan dan wanita dikahwinkan pada usia muda di seluruh dunia.
Kadar perkahwinan kanak-kanak perempuan paling tinggi dicatatkan di Asia Selatan dan Afrika Sahara.










