Empat maut lori kontena rempuh kereta, motosikal di lampu isyarat - Utusan Malaysia

Empat maut lori kontena rempuh kereta, motosikal di lampu isyarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sebuah lori kontena merempuh deretan kenderaan dan motosikal yang berhenti di persimpangan lampu isyarat sehingga mengakibatkan empat maut dan 22 cedera.

Lapor Kompas.com, Polis Kalimantan Timur berkata, kemalangan berlaku di persimpangan Muara Rapak, Balikpapan, kira-kira pukul 6.15 pagi waktu tempatan, hari ini.

Pemandu lori itu adalah seorang lelaki berusia 48 tahun dari Balikpapan yang membawa kontena sarat dengan cecair kapur.

Rakaman video menunjukkan dua kenderaan pacuan empat roda, dua kereta, dua van mini, enam kenderaan pelbagai guna dan 14 motosikal rosak teruk di tempat kejadian.

Sementara itu, Hospital Kanujoso Djatiwibowo di bandar Balikpapan dilaporkan menerima 17 mangsa kemalangan tersebut.

Selain mangsa yang maut, seorang dilaporkan kritikal akibat mengalami pendarahan otak, tiga lagi patah tulang dan lima mengalami kecederaan ringan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya