Dos penggalak vaksin Covid-19 berbayar di Indonesia, masyarakat boleh buat pilihan - Utusan Malaysia

Dos penggalak vaksin Covid-19 berbayar di Indonesia, masyarakat boleh buat pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kerajaan Indonesia akan melaksanakan program vaksinasi dos penggalak secara berbayar mulai 12 Januari 2022, namun masih belum menetapkan tarif harga untuk suntikan tersebut.

Perkara itu diumumkan oleh jurucakap vaksinasi Covid-19 di Kementerian Kesihatan Indonesia, Siti Nadia Tarmizi.

Terdahulu, tular dalam media sosial mengenai harga dos penggalak yang bakal dicaj oleh kerajaan terhadap masyarakat.

Namun, perkara itu disangkal kementerian tersebut dan memaklumkan harga itu bukan di Indonesia, sebaliknya di luar negara.

“Kerajaan belum menetapkan tarif harga dos penggalak dan kami akan mengumumkannya dalam tempoh terdekat.

“Harga yang tular dalam media sosial itu bukan harga di Indonesia, tetapi di luar negara,” katanya kepada CNN Indonesia.

Katanya, penetapan harga harus melibatkan pelbagai pihak dan sehingga kini, kementerian masih mengadakan perbincangan organisasi berkaitan.

Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin sebelum ini memaklumkan, terdapat seramai 21 juta orang sudah mendaftar sebagai penerima dos penggalak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya