Covid-19: Kes kemasukan hospital di AS catat rekod baharu - Utusan Malaysia

Covid-19: Kes kemasukan hospital di AS catat rekod baharu

JUMLAH kes Covid-19 akibat varian Omicron boleh menjejaskan sistem hospital. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) semalam mencecah sekurang-kurangnya 1.3 juta kes, sekali gus menjadi rekod tertinggi dalam tempoh 24 jam.

Kadar tertinggi yang direkodkan sebelum ini adalah 1.03 juta pada 3 Januari lalu.

Peningkatan mendadak itu dipercayai berpunca daripada pertambahan kes yang tidak dilaporkan oleh beberapa negeri pada minggu lalu.

Purata kes baharu dalam tempoh tujuh hari pula mencatatkan lonjakan tiga kali ganda iaitu mencecah 700,000 kes sehari.

Kadar kemasukan ke hospital akibat Covid-19 juga mencatatkan rekod baharu dengan lebih 132,000 kes jangkitan dilaporkan. 

Jumlah itu berdasarkan perhitungan dilakukan Reuters ketika lonjakan kes Covid-19 disebabkan varian Omicron memberi tekanan terhadap sistem kesihatan di beberapa negeri di AS.

Setakat hari ini, seramai 132,646 individu menerima rawatan di hospital akibat Covid-19, melepasi rekod 132,051 kes yang dilaporkan pada Januari tahun lalu.

Kadar kemasukan ke hospital meningkat secara berterusan sejak akhir Disember tahun lalu iaitu meningkat dua kali ganda dalam tempoh tiga minggu lepas akibat Omicron.

Berdasarkan analisis Reuters, Delaware, Illinois, Maine, Maryland, Missouri, Ohio, Pennsylvania, Puerto Rico, Kepulauan Virgin di AS, Vermont, Virginia, Washington D.C. dan Wisconsin melaporkan kadar kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital yang tinggi.   

Walaupun hanya menyebabkan gejala ringan, pegawai kesihatan memberi amaran jumlah kes jangkitan Covid-19 akibat varian Omicron boleh menjejaskan sistem hospital.

Malah, beberapa hospital sudah pun menggantungkan prosedur elektif kerana bergelut menangani lonjakan kemasukan pesakit ditengah-tengah kekurangan kakitangan.

Hanya tujuh negeri iaitu Arizona, Idaho, Maine, Montana, North Dakota, Ohio dan Wyoming masih belum menetapkan rekod kes Covid-19 pada 2022. – REUTERS/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.