Covid-19: Angka kematian di Eropah Timur cecah sejuta - Utusan Malaysia

Covid-19: Angka kematian di Eropah Timur cecah sejuta

SPRM tidak menemukan sebarang unsur rasuah dalam pemerolehan peralatan kesihatan. GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Kematian akibat pandemik Covid-19 di Eropah Timur mencecah lebih sejuta kes susulan penularan varian baharu Omicron yang mengancam penduduk di negara itu.

Menurut pengiraan Reuters, tiga daripada lima negara Eropah Timur melaporkan bilangan kematian tertinggi termasuk Rusia, Poland dan Ukraine.

Malah, 39 peratus daripada populasi wilayahnya dilaporkan lebih daripada separuh kes Covid-19 melibatkan kematian di Eropah.

Jurucakap Kolej Pakar Perubatan Keluarga di Poland, Dr. Michal Sutkowski berkata, peningkatan jumlah mangsa di negara itu berlaku akibat sistem penjagaan kesihatan penuh sesak, kurang pengetahuan dan keengganan mendapatkan vaksinasi termasuk kumpulan yang paling terdedah berbanding di Eropah Barat.

“Malangnya, Omicron semakin menghampiri, lambat laun ia tetap akan datang dan jumlah kematian mungkin meningkat secara mendadak,” katanya.

Poland merekodkan 794 kes kematian akibat Covid-19 Rabu lalu, sekali gus menyaksikan rekod paling tinggi semasa gelombang keempat pandemik.

Sementara itu, data perkhidmatan statistik Rusia mendapati negara itu mengatasi Brazil dengan jumlah kematian kedua tertinggi di dunia akibat wabak tersebut.

Perkhidmatan statistik, Rosstat melaporkan seramai 87,527 orang meninggal dunia akibat masalah sama, November lalu, menjadikannya sebagai bulan ‘paling maut’ di Rusia sejak wabak melanda.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya