China gesa kerajaan tempatan kurangkan kesan sekatan Covid-19 - Utusan Malaysia

China gesa kerajaan tempatan kurangkan kesan sekatan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Suruhanjaya Reformasi dan Pembangunan Kebangsaan China (NDRC) menggesa kerajaan tempatan untuk meminimumkan kesan daripada sekatan Covid-19 menjelang musim cuti sempena Tahun Baharu Cina.

Hal itu digesa ketika kes jangkitan Covid-19 akibat Omicron semakin meningkat dan menjejaskan pertumbuhan ekonomi di negara ini.

“Kerajaan seharusnya mengurangkan kesan sekatan Covid-19 terhadap kehidupan rakyat.

“Beberapa kawasan rendah risiko di China sepatutnya boleh membenarkan penduduknya melakukann perjalanan ringkas, sekali gus masih dapat menyokong sektor pelancongan tempatan,” kata suruhanjaya itu dalam kenyataan.

China setakat ini merekodkan sejumlah kes Omicron di sekurang-kurangnya lima wilayah dengan kes pertama direkodkan di Beijing.

Sehingga 15 Januari 2022, China merekodkan sebanyak 104, 864 kes Covid-19. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya