Britain tawar NATO penempatan tentera di Eropah - Utusan Malaysia

Britain tawar NATO penempatan tentera di Eropah

BRITAIN akan menggandakan kekuatan kira-kira 1,150 tenteranya yang ketika ini ditempatkan di negara Eropah timur. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Britain bersedia menawarkan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dengan menambah jumlah tentera, senjata, kapal perang dan jet untuk ditempatkan di Eropah.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Britain, Boris Johnson sebagai maklum balas kepada ‘permusuhan Rusia’ yang semakin memuncak terhadap Ukraine.

Menurut pejabat Perdana Menteri, tawaran tersebut akan dibuat kepada ketua tentera NATO pada minggu ini.

Tawaran itu bakal menyaksikan Britain menggandakan kekuatan kira-kira 1,150 tentera United Kingdom (UK) yang ketika ini ditempatkan di negara Eropah timur dan ‘senjata pertahanan’ dihantar ke Estonia.

“Langkah itu menghantar mesej jelas kepada Kremlin bahawa kami tidak akan sesekali bertolak ansur dengan aktiviti yang mengganggu kestabilan.

“Kami akan sentiasa bersama sekutu NATO dalam menghadapi permusuhan Rusia.

“Saya juga telah mengarahkan angkatan tentera untuk bersedia ditempatkan di seluruh Eropah pada minggu depan agar dapat menyokong sekutu NATO di darat, laut dan udara,” jelas Johnson dalam kenyataan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya