Bertekak tentang pokok kopi, adik baling batu pada abang hingga mati - Utusan Malaysia

Bertekak tentang pokok kopi, adik baling batu pada abang hingga mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUPANG: Seorang lelaki tergamak membaling batu ke arah abangnya sehingga menyebabkan kematian hanya kerana bertekak mengenai pokok kopi.

Dalam kejadian yang berlaku di Sumba Barat Daya, Nusa Tenggara Timur, mangsa, Simon Malo Kiku datang ke rumah adiknya, Paulus Mali Sesi dan bertanya jika mengetahui sesiapa ada memotong pokok kopinya.

Mangsa mengesyaki anak Paulus yang memotong pokok kopinya kerana mendakwa anak buahnya membuat gasing menggunakan kayu pokok kopi tersebut.

Berang dengan tuduhan itu, Paulus dan Simon saling bertengkar sebelum suspek mengambil seketul batu lalu membalingnya ke arah abangnya.

Batu itu mengenai tepat pada kepala mangsa menyebabkan dia terjatuh dan cedera parah.

Isteri suspek bersama beberapa jiran lain kemudiannya membawa mangsa ke hospital, namun disahkan meninggal dunia akibat pendarahan berlebihan.

Isteri Paulus membuat laporan polis dan suaminya ditahan tidak lama kemudian bagi membantu siasatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya