Berhabis duit buat kenduri untuk anak kucing baru lahir - Utusan Malaysia

Berhabis duit buat kenduri untuk anak kucing baru lahir

TANGKAP layar video menunjukkan Rio dan keluarganya mengadakan kenduri untuk menyambut kelahiran anak kucing mereka yang dinamakan Devon. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SLEMAN: Video menunjukkan sebuah keluarga mengadakan kenduri untuk anak kucing selepas 35 hari kelahirannya menjadi tular dalam media sosial.

Menerusi video yang dikongsi dalam aplikasi TikTok, majlis kenduri yang diadakan di Sleman itu meriah dengan kehadiran sejumlah tetamu.

Pemilik kucing tersebut yang dikenali Rio memberitahu, kucing betinanya yang dinamakan Rose baru melahirkan seekor anak yang kemudiannya diberi nama Devon.

“Saya dan keluarga amat menyayangi kucing dan selepas lebih sebulan kelahiran Devon, kami membuat keputusan untuk membuat kenduri ringkas.

“Lagi pun, Devon adalah anak pertama Rose maka kami perlu menyambutnya dengan meriah,” katanya.

Selain itu, Rio memaklumkan dia menghabiskan duit sebanyak lima juta rupiah (RM1,462) untuk mengadakan kenduri tersebut.

Katanya, dia tidak kisah berhabis duit untuk semua kucing kesayangannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya