Artis dari India hasilkan lukisan paling besar di dunia - Utusan Malaysia

Artis dari India hasilkan lukisan paling besar di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang artis di India berjaya memecahkan rekod dunia dengan menghasilkan lukisan sebesar 629.97 meter persegi di atas sebuah gelanggang bola keranjang.

Lapor portal UPI, Ravi Soni dari Udaipur, Rajasthan menerima pengiktirafan Rekod Dunia Guinness bagi kategori lukisan paling besar dihasilkan oleh individu.

Ravi, 42, menghasilkan karya seni itu di gelanggang bola keranjang yang terletak di Gandhi Ground di Udaipur.

Beliau mengguna kanvas PVC untuk lukisan bertajuk Tree of Life dan berjaya menyiapkannya dalam masa 24 jam dan 33 minit.

Ravi memecahkan rekod dicatatkan oleh seorang artis warga Itali pada 2020 yang menghasilkan lukisan berukuran 568.47 meter persegi.

Sementara itu, Ravi berkata, dia mendapat inspirasi untuk menghasilkan lukisan itu daripada pokok Baobab yang terkenal dengan jangka hayat panjang.

“Pokok Baobab adalah contoh klasik meneruskan kelangsungan hidup dalam keadaan mencabar.

“Ia sama seperti situasi saya pada masa kini, jadi pokok itu memberi inspirasi kepada saya untuk menggambarkannya menerusi lukisan,” katanya kepada Indian Express. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya