Anggota tentera dikerah bantu pihak hospital di London - Utusan Malaysia

Anggota tentera dikerah bantu pihak hospital di London

ANGGOTA tentera membantu memberikan suntikan vaksin di Stadium Wembley, London.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Anggota tentera dikerah membantu pihak hospital di London berdepan dengan bilangan kemasukan pesakit Covid-19 disebabkan varian Omicron sehingga menyebabkan ramai petugas jatuh sakit dan tidak boleh bekerja.

Lapor The Guardian, Kementerian Pertahanan berkata, seramai 200 tentera terlibat dengan 40 doktor akan membantu petugas Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) memantau keadaan pesakit.

Seramai 160 anggota tentera pula yang tidak mempunyai latihan perubatan akan memantau keadaan pesakit di hospital.

Beberapa anggota tentera sudah mula bertugas di hospital dan perkhidmatan mereka akan digunakan sehingga hujung bulan ini.

Pengumuman itu dibuat dua hari selepas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson berharap England mampu ‘keluar’ dari gelombang Covid-19 tanpa melaksanakan sebarang sekatan.

Langkah terbaharu itu bermakna kerajaan tidak lagi boleh ‘mengabaikan’ kebimbangan mengenai ‘menyampaikan penjagaan yang selamat’.

Bulan lalu, beribu-ribu kakitangan NHS tidak hadir bekerja setiap minggu selepas gelombang besar kes Covid-19 melanda negara.

Pihak hospital terpaksa bergelut menghadapi tahap ketidakhadiran kakitangan yang belum pernah terjadi sebelum ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya