Akibat mabuk, lelaki 'sembelih' kepala rakan sendiri - Utusan Malaysia

Akibat mabuk, lelaki ‘sembelih’ kepala rakan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang lelaki menjadi mangsa ‘sembelihan’ semasa acara korban binatang di Valasapalli di Andhra Pradesh.

Lapor India Today, insiden tersebut berlaku semasa sambutan Sankrati yang diuruskan oleh kuil Yellamma.

Tertuduh, Chalapathi sepatutnya menjalankan upacara tersebut dengan menyembelih kepala kambing.

Menurut pihak polis, Chalapathi yang mabuk ketika itu memotong kerongkong Suresh yang memegang haiwan ketika itu.

Suresh yang mengalami banyak pendarahan dikejarkan ke Hospital Kerajaan Madanpelle dan disahkan meninggal dunia.

Sejurus itu, Chalapathi diberkas oleh pihak polis.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya