84 peratus penduduk Tonga terjejas akibat tsunami, debu gunung berapi - Utusan Malaysia

84 peratus penduduk Tonga terjejas akibat tsunami, debu gunung berapi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NUKU’ALOFA: Kerajaan Tonga memaklumkan, sebanyak 84 peratus daripada 105,000 populasinya terjejas akibat debu panas yang dihamburkan oleh gunung berapi dasar laut yang meletus pada pada minggu lalu.

Jumlah itu juga melibatkan penduduk yang terjejas akibat tsunami yang dicetuskan oleh letusan gunung berapi berkenaan.

Kerajaan Tonga sehingga kini tidak melaporkan sebarang kes kematian biarpun tiga individu dilaoporkan terkorban akibat bencana tersebut.

Tiga individu yang terkorban itu dikenal pasti sebagai Lataimaumi Lauaki, wanita berusia 49 tahun dari Nomuka, lelaki warga emas berusia 65 tahun, Telai Tetu’ila dari Mango dan seorang wanita rakyat Britain, Angela Glover, 50.

Sebaliknya, kerajaan negara ini hanya melaporkan kurang 20 orang cedera dengan kebanyakannya di pulau Nomuka.

Selain itu, 62 penduduk di pulau Mango terpaksa dipindahkan ke Nomuka selepas hampir kesemua rumah musnah akibat tsunami.

Sementara itu, bekalan air bersih menjadi keperluan utama di Tonga memandangkan sistem saluran musnah akibat bencana yang berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya