78 hari makan daging mentah - Utusan Malaysia

78 hari makan daging mentah

SEORANG lelaki makan daging mentah selama 78 hari tanpa mengalami keracunan makanan serius. – INSTAGRAM/ RAWMEATEXPERIMENT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki dari Amerika Syarikat (AS) menjalankan eksperimen pelik terhadap dirinya dengan hanya mengambil daging mentah setiap hari.

Memetik laporan Metro, lelaki itu berbuat demikian untuk mengetahui berapa lama dia boleh hidup dengan mengamalkan tabiat pemakanan berkenaan.

Setakat ini, lelaki itu berjaya makan daging mentah kegemarannya selama 78 hari tanpa mengalami keracunan makanan serius.

Antara daging mentah yang dimakan termasuk ayam, stik dan ikan todak.

Lelaki itu merakam video yang memaparkan usahanya `memakan daging mentah setiap hari sehingga mati akibat bakteria’ dalam Instagram, @rawmeatexperiment.

Dilaporkan, lelaki berkenaan turut mencuci makanan tinggi kandungan protein itu dengan telur dan susu haiwan mentah.

Dalam sebuah hantaran di Instagram, lelaki itu dilihat meratah stik dengan memakan bahagian lemaknya.

Sementara itu, dalam satu sorotan cerita bertajuk Why yang dimuat naik di akaun Instagram, lelaki tersebut menjelaskan sebelum ini dia banyak mengamalkan pemakanan berasaskan tumbuhan namun
mula mengalami masalah kesihatan.

Justeru, lelaki itu memutuskan untuk beralih kepada makanan daging dalam usaha ‘menyembuhkan dirinya’. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.