35 institusi salur dana AS$106 juta kepada kumpulan Islamofobia - Utusan Malaysia

35 institusi salur dana AS$106 juta kepada kumpulan Islamofobia

PENUNJUK perasaan mengambil bahagian dalam protes terhadap sentimen Islamofobia di New York. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pertubuhan hak asasi dan advokasi Islam terbesar di Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan laporan yang mendedahkan hampir AS$106 juta (RM443 juta) dana disalurkan kepada kumpulan Islamofobia antaar 2017-2019.

Daily Sabah melaporkan, laporan ‘Islamophobia in the Mainstream’ oleh Jawatankuasa Hubungan Amerika-Islam (CAIR) menyenaraikan 35 institusi amal dan yayasan yang menyalurkan dana itu kepada 26 kumpulan anti-Islam.

Christian Advocates Serving Evangelism Inc., Fidelity Charitable Gift Fund, Schwab Charitable Fund, Marcus Foundation, Adelson Family Foundation dan Jewish Communal Fund adalah antara enam pembiaya utama rangkaian Islamofobia di AS, menurut laporan itu.

Kumpulan Islamofobia itu dituduh menyebarkan maklumat palsu tentang masyarakat Islam di negara ini dan seterusnya melalui media sosial, akhbar dan pendengaran awam.

“Pusat Undang-undang dan Keadilan Amerika (ACLJ) menerima jumlah lebih AS$60 juta daripada Christian Advocates Serving Evangelism Inc antara 2017-2019.

“Firma guaman itu mempunyai sejarah menyokong dasar anti-Islam. Pada 2017, ACLJ memfailkan sokongan mempertahankan dasar itu,” kata laporan tersebut.

Penyelaras Penyelidikan dan Advokasi Kebangsaan CAIR, Huzaifa Shahbaz berkata, bukan rahsia lagi bahawa rangkaian Islamofobia kekal aktif dan dibiayai dengan baik.

“Walaupun terdapat sedikit penurunan dalam yayasan yang menyalurkan wang kepada kumpulan anti-Islam, berjuta-juta dolar masih mengalir kepada organisasi yang menyebarkan maklumat salah dan mengekalkan stereotaip berbahaya tentang umat Islam dan Islam,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN