20 terperangkap dalam bangunan runtuh di China - Utusan Malaysia

20 terperangkap dalam bangunan runtuh di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sekurang-kurangnya 20 orang terperangkap selepas satu letupan menyebabkan sebuah bangunan runtuh di bandar Chongqing.

Letupan itu berlaku pukul 12.10 tengah hari dan dipercayai berpunca daripada kebocoran gas di kantin yang terletak dalam bangunan tersebut.

Susulan itu, pihak berkuasa mengerahkan kira-kira 260 anggota dan 50 jentera keselamatan ke lokasi kejadian, selain memaklumkan punca sebenar masih belum dikenal pasti.

Satu video yang dikongsi dalam Weibo menunjukkan pasukan keselamatan memanjat serpihan bangunan bagi melakukan operasi mencari serta menyelamat (SAR).

Sehingga kini, sembila mangsa sudah dibawa keluar dan mereka yang cedera dikejarkan ke hospital berhampiran.

Menurut beberapa saksi, letupan itu sangat kuat sehingga cermin tingkap bangunan berhampiran pecah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN