RAPOSOS: Seramai 10 orang maut dalam tempoh dua hari selepas hujan lebat melanda Minas Gerais di Brazil.
Ia berdasarkan laporan rasmi kerajaan yang memberi amaran mengenai hujan lebat lebih serius dijangka berlaku di negara tersebut.
Menurut Penyelaras Pertahanan Awam Negeri, mangsa terbabit termasuk seorang kanak-kanak berusia 11 tahun, meninggal dunia pada Ahad dan Isnin lalu akibat hujan, banjir dan tanah runtuh.
Sejak awal Oktober tahun lalu, seramai 19 orang maut akibat hujan lebat di wilayah tenggara Brazil.
Seramai 10 lagi orang terbunuh akibat terkena batu besar yang terlepas dari gaung dan terjunam ke atas empat bot pelancong di Tasik Furnas.
Dilaporkan, seramai 17,237 orang terpaksa meninggalkan rumah mereka atau mencari penempatan sementara akibat ribut. – AFP










