Tiga pelajar sekolah di AS maut ditembak - Utusan Malaysia

Tiga pelajar sekolah di AS maut ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seramai tiga pelajar maut manakala lapan yang lain cedera selepas seorang pelajar berusia 15 tahun melepaskan tembakan di Sekolah Tinggi Michigan, kira-kira 65 kilometer di utara Detroit.

Suspek menyerah diri kepada pihak polis dan insiden itu merekodkan sebagai kes tembakan di sekolah paling mengerikan di Amerika Syarikat tahun ini.

Pejabat Sherif Daerah Oakland memaklumkan antara mangsa yang tercedera adalah seorang guru ketika kejadian berlaku tengah hari semalam.

Mangsa yang maut ialah seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun serta dua pelajar perempuan berusia 17 dan 14 tahun.

Pihak polis berkata, enam mangsa berada dalam keadaan stabil dan dua yang lain terpaksa menjalani pembedahan.

Pihak berkuasa turut merampas sepucuk pistol semi-automatik, namun, punca serangan belum diketahui lagi.

“Tiada pergelutan berlaku semasa suspek ditahan dan dia turut meminta peguam serta tiada sebarang kenyataan dikeluarkan mengenai motif serangan.

“Ia adalah insiden yang sangat tragis,” kata Sherif Michael McCabe.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya