Tiada PRK susulan Raeesah Khan letak jawatan - Utusan Malaysia

Tiada PRK susulan Raeesah Khan letak jawatan

PERKARA itu dimaklumkan oleh Pengerusi Parti Sekerja (WP), Sylvia Lim menerusi sidang akhbar hari ini.-BERITAMEDIACORP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak akan diadakan di GRC Sengkang kerana tiga lagi Ahli Parlimen (MP) kawasan itu akan terus berkhidmat sehingga habis penggal.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Parti Sekerja (WP), Sylvia Lim hari ini, lapor berita.mediacorp.

Menurut Lim, undang-undang ‘agak jelas’ berdasarkan Akta Pilihan Raya Parlimen, tiada writ PRK boleh dikeluarkan bagi satu-satu kawasan, melainkan semua anggotanya meletakkan jawatan.

“Pendirian ini disahkan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes GRC Marsiling-Yew Tee apabila Halimah Yacob mengosongkan kerusinya untuk bertanding bagi jawatan Presiden,” katanya.

Mahkamah tertinggi pada 2019 menolak rayuan anggota Parti Demokratik Singapura (SDP) Wong Souk Yee supaya mahkamah mengeluarkan perintah wajib untuk memaksa tiga Ahli Parlimennya meletakkan jawatan.

PRK hanya perlu diadakan jika semua anggota yang mewakili sesebuah GRC mengosongkan kerusi mereka, kata Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon ketika itu.

Kelmarin, WP mengumumkan peletakan jawatan Ahli Parlimen Sengkang, Raeesah Khan susulan beliau didapati berbohong mengenai kes serangan seksual.

Raeesah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Istimewa kerana melanggar keistimewaan Parlimen selepas 1 November lalu, mengaku berbohong di Parlimen mengenai butiran kes serangan seksual yang didakwanya tidak diurus dengan baik oleh pihak polis.

Wakil rakyat itu mendakwa menemani seorang wanita membuat laporan polis tiga tahun lalu dan mangsa keluar sambil menangis kerana seorang pegawai polis didakwa memberikan komen mengenai pakaiannya dan mengatakan dia mengambil minuman keras.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya