'Tiada amaran awal, tiba-tiba langit jadi hitam' - Penduduk Lumajang - Utusan Malaysia

‘Tiada amaran awal, tiba-tiba langit jadi hitam’ – Penduduk Lumajang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMAJANG: Letusan Gunung Berapi Semeru menghemburkan ‘debu pedih’ kepada penduduk berhampiran.

Detik melaporkan, salah satunya, warga Pronojiwo, dekat sini.

Sekurang-kurangnya 1,000 penduduk terpaksa dipindahkan kerana tempat tinggal mereka musnah ‘diterjang’ abu volkanik.

Bagaimanapun penduduk memberitahu, tiada apa-apa tanda peringatan atau amaran awal sebelum Semeru meletus.

“Tiada tanda-tanda Semeru akan meletus, tiada peringatan.

“Jika memang kami diberitahu akan meletus, tentunya masyarakat sudah siap sedia kerana ketika Semeru meletus, aktiviti masyarakat berjalan seperti biasa,” kata Abdul Manaf, 54, salah seorang warga Desa Supiturang.

Menurutnya, ketika Semeru meletus, dia berada di halaman rumah.

Bagaimanapun katanya, keadaan berubah serta-merta dengan awan hitam menyelubungi kawasan sekitar.

Dia bersama penduduk lain kini berada di salah sebuah pusat pemindahan di Pronojiwo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN