Terperangkap dalam ribut salji, pelanggan berpeluang bermalam di Ikea - Utusan Malaysia

Terperangkap dalam ribut salji, pelanggan berpeluang bermalam di Ikea

PELANGGAN Ikea berpeluang merasai sendiri keempukan katil pameran di Aalborg, Denmark. - IKEA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENHAGEN: Seramai enam pelanggan dan 24 pekerja Ikea terpaksa bermalam di gedung beli belah itu selepas terperangkap akibat ribut salji di Denmark. 

Lapor Daily Mail, salji setebal 12 inci itu menyebabkan pelanggan terperangkap di Ikea Aalborg dan menyebabkan mereka terpaksa tidur di katil premis itu. 

Disebabkan cuaca buruk itu, pelanggan dan pekerja Ikea diberikan peluang yang hanya datang sekali seumur hidup untuk tidur selama satu malam di ruang pameran barangan perabot itu. 

Rakaman gambar menunjukkan mereka diberikan pilihan memilih katil dan tilam yang dikehendaki untuk tidur. 

Pengurus premis itu, Peter Elmrose berkata, pelanggan dan staf bermalam di ruang pameran perabot di tingkat satu yang dilengkapi katil dan tilam. 

Katanya, pelanggan diberikan pilihan memilih katil yang sesuai dan mereka menghabiskan sepanjang malam dengan makan dan menonton televisyen dalam premis tersebut. 

Dilaporkan, individu yang bekerja di kedai permainan kanak-kanak bersebelahan turut tidak melepaskan peluang bermalam di premis tersebut selepas terkandas akibat cuaca buruk. 

“Peluang yang diberikan ini lebih baik daripada tidur di dalam kereta. 

“Kami sangat gembira apabila Ikea memberikan kebenaran kerana pengalaman seperti ini tidak mungkin dapat dirasakan lagi,” kata pengurus kedai permainan kanak-kanak, Michelle Barrett. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.