Tentera Sulu rancang serang Sabah tahun depan - Utusan Malaysia

Tentera Sulu rancang serang Sabah tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Tentera Sulu didakwa mahu menyerang Sabah pada Februari 2022, susulan pertemuan 19 Datuk Bandar di selatan Filipina yang mengadakan mesyuarat secara rahsia.

Menerusi mesyuarat yang diaturkan oleh pegawai kanan kerajaan tempatan itu, 11 daripadanya bersetuju merekrut 600 Tentera Diraja Sulu bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Sumber memberitahu South China Morning Post, tentera Sulu turut merancang untuk menghantar 200 pengintip menyusup ke beberapa kawasan di Sabah.

Katanya, sasaran utama mereka adalah dua bandar pantai utama di Lahad Datu dan Semporna.

Sumber yang merupakan seorang pegawai kanan keselamatan mendedahkan mesyuarat itu diadakan 1 Disember lalu.

“Rancangan itu berpotensi dilaksanakan bergantung berapa banyak sokongan politik dan dana yang boleh diperoleh dari pelbagai parti.

“Banyak pemegang taruh di Filipina dan dari luar sanggup mengeksploitasi isu ini demi kepentingan strategi politik mereka,” katanya.

Sumber memaklumkan Februari 2022 adalah masa terbaik untuk mereka menceroboh Lahad Datu bagi memperingati peristiwa pencerobohan pada 2013.

“Setiap datuk bandar dijangka akan membekalkan seramai 50 lelaki yang berani bertempur dan mempunyai kemahiran.

“Kos peluru dan logistik lain akan ditanggung oleh pegawai tinggi yang turut berjanji akan menyumbang 500,000 peso (RM42,000) untuk membina 100 bot laju yang akan digunakan ketika menyerang Sabah,” dedahnya.

Menurut sumber itu, pegawai tempatan dipercayai telah membekalkan 500 senjata api kepada wakil tempatan di Sulu yang kemudiannya akan mengagihkannya kepada anggota tentera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya