Suami isteri dera anak kerana ‘kuat makan’ - Utusan Malaysia

Suami isteri dera anak kerana ‘kuat makan’

IBU bapa mangsa ketika menghadiri sidang polis di Padang Lawas Utara, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG LAWAS UTARA: Seorang kanak-kanak lelaki didera oleh ibu bapa dan abangnya hanya kerana dia sering menghabiskan makanan.

Menurut polis, kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu kerap didera ibu bapanya di rumah mereka di Padang Lawas Utara, Sumatera Utara.

Jurucakap polis, Roman Smaradhana Elhaj berkata, ibu bapa dan abang kanak-kanak itu sudah ditahan polis bagi membantu siasatan.

“Berdasarkan pengakuan ketiga-tiga suspek itu, mereka sering mendera mangsa kerana sikapnya yang suka menghabiskan makanan.

“Mangsa pernah dipukul menggunakan getah tayar terpakai sehingga badannya luka hanya kerana makan nasi dua kali,” katanya.

Perkara yang menimpa kanak-kanak itu disedari oleh seorang penduduk kampung yang menemukan mangsa dalam keadaan penuh luka pada badannya.

Selepas itu, penduduk kampung tersebut memuat naik video menunjukkan mangsa memberitahu dia sering dipukul keluarganya kerana sering menghabiskan makanan.

Video itu tular dalam media sosial sehingga mendapat perhatian polis.

Sementara itu, ketiga-tiga suspek boleh dipenjara tiga tahun jika disabit kesalahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya