Sekeluarga terkejut, anak telah dikhatankan oleh jin - Utusan Malaysia

Sekeluarga terkejut, anak telah dikhatankan oleh jin

RUSMAN bersama anaknya yang dikatakan telah disunatkan oleh jin. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASURUAN: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di Kota Pasuruan dekat sini didakwa telah disunatkan (berkhatan) oleh jin.

Detik melaporkan, keluarga kanak-kanak itu berkongsi kebimbangan dan ketakutan mereka selepas kejadian tersebut.

“Neneknya terkejut, saya juga risau. Ibunya apalagi,” jelas Rusman, 41, bapa kepada kanak-kanak itu.

Rusman berkata, kejadian berlaku Khamis lalu selepas waktu Maghrib.

Katanya, anaknya itu sedang dijaga neneknya, Sutasi.

“Anak saya kemudiannya kencing di tandas dan ketika itulah dia disunatkan oleh jin.

“Mula-mula neneknya tidak tahu keadaannya. Selepas didukung, kemudian seperti itu (kemaluannya) sakit, kemudian dia dibaringkan di atas kerusi. Apabila dibuka seluarnya, dia telah dikhatankan,” jelas Rusman.

Kerana tiada darah dan tiada parut, neneknya cuba memulihkan kemaluan cucunya kepada bentuk normal. Tetapi usahanya gagal.

“Kemudian saya dipanggil. Saya juga sangat terkejut,” jelasnya.

Panik, Rusman kemudian menghubungi petugas kesihatan.

“Kami diminta tunggu beberapa hari lagi. Lihat perkembangannya,” jelas Rusman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN