Satelit SpaceX hampir langgar stesen Tiangong, Elon Musk diselar netizen China - Utusan Malaysia

Satelit SpaceX hampir langgar stesen Tiangong, Elon Musk diselar netizen China

ELON MUSK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Pengguna laman web China hari ini bertindak menyelar individu terkaya di dunia, Elon Musk selepas Beijing mendakwa stesen angkasa lepasnya terpaksa mengelak dua satelit SpaceX.

Situasi itu memberi tamparan hebat kepada reputasi Musk, terutamanya di negara ini yang menggunakan kereta elektrik keluaran Tesla yang merupakan syarikatnya.

Stesen angkasa lepas China, Tiangong terpaksa mengambil langkah segera bagi mengelak berlaku pelanggaran ketika berdepan dengan dua satelit tersebut.

Menurut dokumen yang dihantar Beijing kepada agensi angkasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada bulan ini, insiden itu didakwa berlaku pada Julai dan Oktober lalu.

Selain itu, Beijing turut mendakwa pihaknya terpaksa mengambil tindakan susulan untuk memastikan keselamatan dan nyawa angkasawannya dalam orbit.

Antara serangan media sosial yang dibuat pengguna media sosial China termasuk ‘ironinya apabila orang China membeli Tesla dan menyumbang wang yang banyak kepada Musk supaya beliau boleh lancarkan satelit Starlink dan kemudiannya satelit itu juga yang hampir merempuh Tiangong’.

Selain itu, ada juga pengguna memulakan gerakan untuk memboikot Tesla. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya