TAIPEI: Satu laporan baharu yang dikeluarkan oleh kumpulan hak asasi manusia mendapati lebih 600 warga Taiwan yang ditahan di luar negara, dihantar pulang ke China sejak beberapa tahun lalu.
Lapor BBC, Safeguard Defenders berkata, langkah itu digunakan sebagai alat untuk menjejaskan kedaulatan Taiwan’.
Menurut kumpulan itu, data tersebut dikumpulkan menerusi laporan media antara tahun 2016 dan 2019.
Jelasnya, isu penghantaran pulang digunakan untuk meningkatkan pengaruh China di luar negara.
Malah, kumpulan aktivis itu turut menyifatkan tindakan tersebut sebagai memburu rakyat Taiwan.
Safeguard Defenders juga menegaskan warga Taiwan yang dihantar ke China tidak mempunyai keluarga, justeru mereka berdepan risiko didera dan pelanggaran hak asasi manusia yang kejam.
Taiwan mengekalkan pendirian menjadi negara bebas sudah lama menegaskan warga Taiwan yang ditahan di luar negara harus dihantar pulang ke wilayah separa autonomi itu.
Namun, Beijing mendakwa Taiwan merupakan sebahagian wilayahnya. – AGENSI