Rasa stik daging emas Salt Bae hanya seperti stik biasa - Utusan Malaysia

Rasa stik daging emas Salt Bae hanya seperti stik biasa

STIK daging bersalut emas dijual dengan harga 850 pound (RM4,752) di restoran milik Salt Bae.-INSTAGRAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Chef selebriti, Salt Bae akhirnya membuat pengakuan salutan emas yang sering dibalut bersama hidangan stik daging tidak memberikan sebarang perubahan terhadap citarasa makanan tersebut.

Pemilik restoran Nusr-Et Steakhouse yang menyediakan hidangan stik daging terbaik di dunia itu menerima kecaman sebelum ini, kerana menjual hidangan mencecah harga lima angka.

Menu itu merangkumi 850 pound (RM4,752) daging stik yang dibalut dengan emas, 100 pound (RM561) bagi burger dan minuman air tin coca-cola sembilan pound (RM58).

Hidangan paling popular adalah stik Tomahawk yang dibalut dengan salutan emas mencecah harga 1,450 pound (RM8,107).

“Ia langsung tidak menambah citarasa atau mengubah kualiti hidangan tersebut.

“Namun, stik daging emas adalah sesuatu yang berbeza dan terbaik di London,” katanya.

Restoran tersebut turut menyediakan hidangan salad yang digaul bersama emas sekiranya anda mampu menempahnya.

Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gokce adalah seorang chef Turki dan personaliti media sosial menjadi terkenal kerana aksinya menabur garam di atas hidangan stik.-AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.