Perhiasan emas era Ratu Nafertiti ditemukan di Cyprus - Utusan Malaysia

Perhiasan emas era Ratu Nafertiti ditemukan di Cyprus

ANTARA koleksi perhiasan emas yang ditemukan di dalam dua makam Zaman Gangsa di Cyprus. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NICOSIA: Perhiasan emas menakjubkan yang dihasilkan semasa pemerintahan isteri firaun, Nefertiti ditemukan di dalam dua makam Zaman Gangsa yang tersembunyi selama 3,000 tahun di Cyprus. 

Lapor Daily Mail, loket emas berbentuk bunga teratai bertatahkan batu permata merupakan antara khazanah yang ditemukan di tapak tersebut dan serupa dengan perhiasan yang dipakai oleh Ratu Mesir purba dinasti ke-18. 

Ahli arkeologi menjelaskan penemuan barang perhiasan itu menandakan kisah perdagangan yang pernah berlaku di Cyprus dan Mesir. 

Makam itu antara dua pusara yang ditemukan sejak 2018 di pulau kecil Mediterranean. 

Ahli arkeologi dari Universiti Gothenburg meneroka keajaiban yang terdapat di tapak penggalian bersejarah itu. 

Selain barangan perhiasan mewah, pasukan itu juga menemukan mayat 155 individu dan 500 koleksi objek dalam dua makam yang digabungkan. 

Kedua-dua struktur itu digunakan sejak ratusan tahun dari 1,350 hingga 1,500 Sebelum Masihi. 

Satu daripadanya merupakan rangka adalah milik seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang dipercayai berasal daripada keluarga bangsawan yang dikebumikan dengan banyak barang kemas termasuk tiara emas padu dan rantai manik. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya