JAKARTA: Pelakon sinetron Bawang Merah, Bawang Putih, Nia Ramadhani mengakui saat bapanya meninggal dunia serta ‘tuntutan dalam persekitarannya untuk selalu nampak sempurna’ membuatkannya mengambil dadah.
Detik melaporkan, pada mulanya, Nia memberitahu, bapanya meninggal dunia pada 2014 dan membuatnya berasa sedih sehingga akhirnya mengambil dadah pada tahun ini.
Mendengar alasan itu, Hakim Fahzal Hendri bertanyakan soalan: “Kamu sudah ada semuanya, kehidupan juga sudah stabil, apa lagi yang kamu fikirkan?”
Jawab Nia: “Ya, papa (bapa) saya adalah segala-galanya”.
Hakim Fahzal menyambung persoalan: “Orang, kalau manusia itu, semua akan meninggal dunia. Itu kehendak tuhan, kami mesti berfikiran begitu”.
Hakim turut mengingatkan Nia supaya bertindak berhati-hati sebagai ‘public figure’.
Lebih lanjut, Nia mengaku ketika mengambil dadah, masalahnya hilang, tetapi ‘kesannya’ itu hanya sementara.
Nia dan suami, Ardi Bakrie turut mengaku menyesal kerana mengambil dadah.
Pasangan itu berjanji di depan hakim untuk tidak mengulasi kesalahan.