Penjara untuk disewakan RM71 juta setahun - Utusan Malaysia

Penjara untuk disewakan RM71 juta setahun

KEADAAN dalam sel di Penjara Pristina yang dibina sejak 1951 yang terletak di ibu negara Kosovo.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRISTINA: Kosovo bersetuju menyewakan 300 sel penjara kepada Denmark bagi menangani masalah kesesakan penjara di negara Scandinavia itu.

Lapor BBC, Denmark akan membayar sebanyak 12.8 juta pound (RM71 juta) setahun bagi tempoh permulaan selama lima tahun serta membantu dana tenaga hijau di negara ini.

Sel penjara yang disewakan itu khusus bagi pesalah jenayah dari negara bukan Kesatuan Eropah (EU) yang dihantar pulang ke Denmark selepas dijatuhkan hukuman.

Undang-undang Denmark akan diguna pakai kepada mana-mana banduan di sel penjara yang disewakan itu.

Kosovo mempunyai sebanyak 700 hingga 800 sel penjara yang tidak digunakan buat masa ini.

Kerajaan dari kedua-dua negara menandatangani ‘deklarasi politik’ Isnin lalu bagi menjalinkan usahasama itu.

Secara keseluruhannya, Kosovo akan menerima sebanyak 210 juta pound (RM1.17 bilion) bagi tempoh 10 tahun akan datang selepas menyewakan penjara di Gjilan, bermula 2023.

Penjara itu terletak sejauh 50 kilometer dari ibu negara, Pristina.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya