Pengedar dadah rakyat Malaysia diberi proses perundangan sewajarnya - Presiden Singapura - Utusan Malaysia

Pengedar dadah rakyat Malaysia diberi proses perundangan sewajarnya – Presiden Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Presiden Singapura, Halimah Yacob sudah membalas surat raja Malaysia, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung rayuan para pemimpin Malaysia mengenai kes pengedar dadah, Nagaenthran Dharmalingam yang kini berdepan hukuman mati.

“Presiden Halimah Yacob sudah membalas surat (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) untuk menyampaikan bahawa Nagaenthran sudah diberikan proses perundangan sewajarnya,” menurut jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura (MFA).

Timbalan Menteri Luar Malaysia, Datuk Kamarudin Jaffar memberitahu Parlimen pada 23 November lalu bahawa Seri Paduka Baginda sudah mengirimkan surat kepada Halimah untuk memohon pengampunan bagi Nagaenthran.

Pada 12 November, MFA menyatakan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan Menteri MFA, Vivian Balakrishnan juga sudah membalas surat rakan sejawat dari Malaysia berhubung kes tersebut.

Pada 9 November lalu, hukuman mati terhadap Nagaenthran ditangguhkan selepas dia positif Covid-19.

Dia pada awalnya dijadual ke tali gantung pada 10 November.

Nagaenthran dikenakan hukuman mati pada 2010 kerana menyeludup 42.72 gram heroin asli ke Singapura pada 2009 dalam bungkusan yang diikat pada pehanya.

Dia gagal dalam rayuannya kepada Mahkamah Tinggi pada 2011, Mahkamah Agung pada 2019, di mana sebuah mahkamah terdiri daripada lima hakim termasuk Ketua Hakim menolak permohonannya dan juga petisyennya kepada presiden untuk mendapatkan pengampunan.

Peguam M Ravi memfailkan satu permohonan mahkamah pada November 2021, menyatakan Nagaenthran memiliki usia mental individu berusia bawah 18 tahun.

Ravi berhujah, belas kasihan pengadilan harus dilaksanakan untuk menangguhkan hukuman mati ke atas Nagaenthran sementara menunggu pemeriksaan lanjut dan laporan mengenai kesihatan mentalnya.

Bagaimanapun, hakim perbicaraan mendapati Nagaenthran tidak mengalami sebarang tahap kurang upaya intelek, meskipun diterima dia mempunyai fungsi intelek yang agak rendah.

Permohonan tersebut kemudiannya ditolak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya