Omicron berisiko akibatkan jangkitan semula berbanding Delta, Beta - Utusan Malaysia

Omicron berisiko akibatkan jangkitan semula berbanding Delta, Beta

SEORANG budak lelaki duduk di hadapan mural Covid-19 di Bogor, Jawa Barat, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Ujian klinikal awal peringkat global menunjukkan varian Omicron Covid-19 mungkin lebih mudah berjangkit dan berisiko lebih tinggi menyebabkan jangkitan semula berbanding varian Delta dan Beta, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

“Ini bermakna terdapat kemungkinan lebih tinggi individu yang sudah sembuh daripada Covid-19 boleh dijangkiti semula dengan varian Omicron,” menurut MOH dalam kemas kini tentang varian Omicron seperti dilaporkan Berita Mediacorp.

Menurut kementerian itu, dengan varian baru itu sedang menular di seluruh dunia, Singapura ‘harus menjangkakan lebih banyak kes dikesan di sempadan dan tidak lama lagi, dalam masyarakat’.

MOH menyatakan sejak beberapa hari lalu, ia sudah menyemak laporan dari Afrika Selatan dan negara-negara lain dan secara aktif mendampingi pakar-pakar dari negara yang terjejas untuk mendapatkan maklumat secara langsung.

Kajian tentang sama ada vaksin Covid-19 sedia ada berkesan terhadap varian baru itu masih dijalankan, namun terdapat pandangan baru dalam kalangan saintis di seluruh dunia bahawa vaksin sedia ada masih berkesan terhadap varian Omicron, terutama sekali dalam melindungi penduduk daripada penyakit teruk.

MOH menggesa mereka yang layak supaya mendapatkan vaksinasi atau suntikan dos penggalak, sambil menyatakan terdapat persetujuan saintifik yang kukuh bahawa vaksin memberi perlindungan terhadap sebarang varian Covid-19 yang baru dan lama.

Dalam menangani kebimbangan berhubung tahap serius varian virus itu, MOH menyatakan kes Omicron sebahagian besarnya mengalami gejala ringan dan tiada kematian berkaitan Omicron dilaporkan setakat ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya