NEPAL: Mahkamah Tinggi Calcutta memerintahkan seorang banduan yang meringkuk dalam penjara selama 41 tahun di Penjara West Bengal dibayar pampasan sebanyak lima lakh rupee (RM27,909).
Lapor India Today, Dipak Joshi dibebaskan dari Pusat Koreksional Dum Dum, Mac lalu, selepas menjalani hukuman penjara sejak 12 Mei 1980.
Joshi menghabiskan masa selama empat dekad dalam penjara tanpa menjalani sebarang perbicaraan disebabkan laporan mengenai status kesihatan mentalnya tertangguh.
Mahkamah Tinggi memerintahkan kerajaan negeri membayar pampasan kerana menyebabkan kesulitan besar terhadap nasib masa depan lelaki itu.
Mahkamah memerintahkan wang tersebut dibayar terus ke dalam akaun lelaki itu dalam tempoh enam minggu.
Joshi dilaporkan tinggal bersama ahli keluarganya di Nepal.