Lelaki didenda RM3,086 kerana meludah pekerja kedai kopi - Utusan Malaysia

Lelaki didenda RM3,086 kerana meludah pekerja kedai kopi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang lelaki didenda sebanyak 1,000 dolar Singapura (RM3,086) kerana meludah dua pekerja kedai kopi selepas diberitahu syiling lima sen lebih lima keping tidak diterima sebagai pembayaran.

Lapor Channel News Asia, Roman Tan, 69, mengaku bersalah kerana melakukan kekerasan jenayah terhadap juruwang dan pembantu kedai di kedai kopi di Punggol.

Pertuduhan kedua pula kerana lelaki itu gagal memakai pelitup muka dengan betul semasa kejadian.

Mahkamah diberitahu Tan mengunjungi kedai kopi dalam keadaan tidak memakai pelitup muka sebelum ditegur oleh pekerja kedai itu.

Tan kemudian meninggalkan kedai itu sebelum kembali semula dengan memakai pelitup muka sebelum membuat pesanan.

Lelaki itu menawarkan beberapa duit syiling termasuk lapan syiling lima sen sebagai pembayaran.

Juruwang kemudian memberitahu mereka tidak dapat menerima duit syiling lebih daripada lima keping syiling lima sen kerana sudah ditetapkan polisi kedai tersebut.

Berang dengan situasi itu, Tan menanggalkan pelitup mukanya dan memarahi serta meninggikan suaranya.

Lelaki itu bertindak meludah beberapa kali sehingga mengenai dahi juruwang.

Rakan sekerjanya kemudian membuat laporan polis.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya