Langgar peraturan Covid-19, kanak-kanak juga didenda - Utusan Malaysia

Langgar peraturan Covid-19, kanak-kanak juga didenda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Hampir 3,000 kanak-kanak didenda sehingga AU$5,000 (RM15,145) kerana melanggar sekatan dan peraturan Covid-19 di New South Wales.

Berdasarkan data yang diperoleh dari Pusat Perundangan Redfern, denda berjumlah AU$2.1 juta (RM6.4 juta) dikeluarkan terhadap 2,844 kanak-kanak dan remaja berusia 10 hingga 17 tahun sejak pertengahan tahun lalu.

Daripada jumlah itu, separuh daripada kanak-kanak dikenakan denda sebanyak AU$1,000 (RM3,029), 17 orang didenda AU$5,000 dan 39 lagi didenda AU$3,000 (RM9,087).

Jurucakap Redfern, Samantha Lee berkata, kanak-kanak dan remaja daripada golongan lembam paling banyak dikenakan denda.

Katanya, denda itu dilihat tidak adil untuk sesetengah golongan berdasarkan tempat dan keadaan, selain menyebabkan bebanan kewangan serta tekanan kepada keluarga mereka.

“Kesemua denda ini tidak masuk akal. Mereka adalah kanak-kanak, bagaimana mereka boleh membayarnya? Melainkan ibu bapa yang membantu, namun itu akan membebankan keluarga mereka,” katanya.

Antara kesalahan yang paling banyak dilanggar oleh golongan tersebut adalah gagal mematuhi arahan yang ditetapkan di bawah akta kesihatan awam negara ini, seperti berjalan di taman tanpa sebab munasabah dan pergi ke kedai sambil ditemani ahli keluarga.

Lebih 1,500 denda dikeluarkan bagi kesalahan tersebut, melibatkan jumlah denda sebanyak AU$1.59 juta (RM4.8 juta).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN