Korea Selatan guna teknologi AI kesan pergerakan pesakit Covid-19 - Utusan Malaysia

Korea Selatan guna teknologi AI kesan pergerakan pesakit Covid-19

PETUGAS kesihatan melakukan ujian Covid-19 terhadap orang awam di Seoul, Korea Selatan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Selatan bakal menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), pengecaman wajah dan ribuan kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengesan pergerakan golongan yang dijangkiti Covid-19.

Penggunaan teknologi itu dijangka mengundang ‘pandangan dan suara daripada pelbagai pihak’ kerana melibatkan hak privasi rakyat.

Projek yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan itu dilaksanakan di bandar Bucheon di pinggir Seoul dan dijangka beroperasi pada Januari depan.

Projek itu menggunakan sistem algoritma AI dan teknologi pengecaman wajah bagi menganalisis rakaman yang diperoleh daripada lebih 10,820 CCTV dan seterusnya mengesan pergerakan mereka yang dijangkiti koronavirus.

Selain pergerakan, tindakan golongan yang dijangkiti juga turut dikesan, termasuk kontak rapat dan adakah mereka memakai pelitup muka.

Pihak berkuasa Bucheon menyatakan, sistem itu boleh mengurangkan bebanan kerja petugas kesihatan untuk mengesan mana-mana individu yang dijangkiti Covid-19.

Bandar itu mempunyai lebih 800,000 penduduk dan sistem itu dijangka boleh digunakan secara efisien dan tepat.

China, Rusia, India, Poland, Jepun dan beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS) merupakan antara kerajaan yang melakukan eksperimen untuk menguji keberkesanan penggunaan teknologi AI dalam mencegah penularan Covid-19.

Sementara itu, Kementerian Sains dan Sumber Maklumat Korea Selatan memaklumkan, tiada perancangan untuk mengembangkan projek tersebut ke peringkat kebangsaan setakat ini. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.