Kapal angkasa NASA rakam bunyi bising dari planet Musytari - Utusan Malaysia

Kapal angkasa NASA rakam bunyi bising dari planet Musytari

: IMEJ Ganymede yang berjaya dirakamkan oleh kapal angkasa lepas Juno.-NASA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Kapal Angkasa Lepas Juno milik Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) berjaya merakamkan beberapa bunyi bising dari Ganymede yang merupakan bulan terbesar di planet Musytari.

Lapor Daily Mail, rakaman audio 50 saat itu dijana daripada data yang dikumpul semasa penerbangan Juno di Ganymede, 7 Jun lalu.

Perkara itu didedahkan oleh Makmal Pendorong Jet NASA.

Rakaman itu terdiri daripada satu siri bunyi pelik pada frekuensi berbeza dari Ganymede yang merupakan bulan terbesar dalam sistem suria dan satu-satunya bulan dengan medan magnetnya sendiri.

Ganymede mempunyai diameter 5,262 kilometer dan lebih besar dari planet Merkuri dan Pluto.

Penyiasat Utama, Juni Scott Bolton dari Institut Penyelidikan Barat Daya di San Antonio berkata, Juno yang dilancarkan dari Cape Canaveral, Florida, pada Ogos 2011 bagi mengkaji Musytari dari Orbit, tiba di Musytari pada 4 Julai 2016 selepas perjalanan selama lima tahun.

“Jika anda mendengar dengan teliti, anda boleh mendengar perubahan mendadak kepada frekuensi lebih tinggi di sekitar titik tengah rakaman yang mewakili kemasukan ke kawasan lain dalam magnetosfera Ganymede,” jelasnya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya